Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

182110737 1623082984547340 4310577625778688599 nKetua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin mengagihkan daging korban kepada
penduduk Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong.

22 Julai 2021- Khamis (Kuala Terengganu) – Penduduk Perumahan Asnaf di Kampung Banggol Peradong dan Kampung Padang Nenas menerima agihan daging korban manfaat ibadah korban yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sempena Program Korban Aidil Adha MAIDAM 1442H/2021M. Agihan disempurnakan oleh Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan juga Encik Abd. Razak bin Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) MAIDAM. Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan yang mana dua ekor di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri iman manakala dua lagi di Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, Jalan Sultan Omar di bawah kendalian Unit Dakwah Saudara Kita. Agihan daging korban yang dilaksanakan di Kompleks Darul Hidayah melibatkan kepada para muallaf Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

179329096 1623083087880663 4258403589571647985 nEn. Abd Razak bin Abd. Rahman, KPSU Pengurusan Mal MAIDAM mengagihkan daging korban
kepada penduduk Perumahan Asnaf Kg Padang Nenas.

Selain itu, sempena sambutan ini juga, MAIDAM telah memperuntukkan sebanyak 36 ekor lembu kepada masjid-masjid terpilih seluruh Terengganu di samping menyediakan khidmat jurusembelih yang telahpun menerima tauliah penyembelihan dari MAIDAM.Perlaksanaan ibadah korban berlangsung dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan setiap peserta.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY