Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta



TENAGA NASIONAL

21 November 2021 (Ahad) – Majlis Mengadap KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu telah diadakan bersempena penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun berakhir 2020 sebanyak RM1,310,005.92 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh YBhg. Datu Ir. Baharin bin Din selaku Ketua Pegawai Eksekutif TNB. Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato Mufti Negeri Terengganu dan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Pihak MAIDAM merakamkan penghargaan terima kasih di atas pembayaran zakat tersebut kepada MAIDAM. Di samping itu, pihak MAIDAM selaku pemegang amanah tunggal zakat di Negeri Terengganu akan melaksanakan agihan mengikut asnaf yang layak.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY