Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

DSC 0351
16 Disember 2021 (Khamis) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima zakat perniagaan daripada Syarikat Bousted Plantations Berhad berjumlah RM270,000.00. Penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh En. Zainal Abidin bin Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Bousted Plantations Berhad kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.

Dalam majlis yang sama juga, CIDB Malaysia turut sama menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM19,648.00 di mana Puan Siti Nor Sarah binti Salleh, Pengurus CIDB Negeri Terengganu telah menyerahkan cek zakat kepada Tuan. Haji M. Rozi bin Haji Bidin.

DSC 0371

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM dan En. Mohamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat dan Promosi) MAIDAM.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY