Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

tebakar kemaman10 April 2022 (Ahad) : Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ke daerah Kemaman bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tengah, Chukai dan Kampung Batu Penunjuk, Kijal. 

Kebakaran di Kampung Tengah hanya melibatkan sebuah rumah sahaja, manakala di Kampung Batu Penunjuk melibatkan empat buah rumah.

terbakar kemaman april 2022 1Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM sempat bertemu mata dan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat dengan kebakaran selain memberikan kata-kata semangat supaya tabah dalam menghadapi ujian ini.

Turut mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut ialah En. Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Mal, En. Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi, dan En. Abd. Fatah bin Mamat, Pegawai MAIDAM daerah Kemaman.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY