Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

MAYBANK8 Ogos 2022 (Isnin) :- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menerima pembayaran zakat perniagaan dari Maybank Islamic berjumlah RM737,346.19. Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Syariah Maybank Islamic Berhad, Ustaz Munawwaruzzaman bin Mahmud kepada Yang Dipertua MAIDAM, YB. Dato' Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Penyerahan turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBrs. Prof Madya. Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Unit Pengurusan Waqaf & Zakat, Jabatan Syariah Maybank Islamic Berhad, En. Muhamad Andri bin Abdullah Zawawi dan  Ketua Cawangan Maybank Islamic Berhad Kuala Terengganu, En. Badrul Hisyam bin Ahmad.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY