Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

rumah manir


Penyerahan kunci rumah baharu untuk Encik Asmadi bin Abdullah (47) dan keluarga. Beliau bekerja sebagai kelindan lori, dikurniakan penyeri rumah tangga 3 orang dan masih bersekolah semuanya. Sebelum ini mereka menetap di rumah sewa dengan kadar bayaran RM350 sebulan. Alhamdulillah dengan adanya masyarakat Terengganu yang menunaikan ibadah zakat, Encik Asmadi mendapat sebuah rumah baharu untuk kehidupan yang lebih selesa.

Penyerahan disempurnakan oleh wakil syarikat pembayar zakat, Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Besar Permint Granite Sdn Bhd disaksikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 12 Oktober 2022 baru-baru ini. “Bagai Bulan Jatuh Ke Riba”Indahnya Islam, seluruh ummah dapat menumpang teduh, merasai ketenangan dan kebahagiaan.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY