Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

April 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
kira
Kalkulator Zakat, Fidyah, Fakir Miskin
bayar
Bayar Zakat atau Wakaf Anda Di sini
moohon
Bantuan Zakat dan sewaan tanah Wakaf
LAIN-LAIN
Senarai Agen Zakat, Senarai Agen Wakaf, Senarai Amil dll

Berita Semasa

Agihan Fidyah

  • Bayaran fidyah yang diterima oleh MAIDAM akan diagihkan kepada golongan fakir dan miskin dalam bentuk beras.
  • Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
    “…..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin.”
    (al-Baqarah : 184)  

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
    "Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir miskin"
    (Riwayat at-Tarmizi)


    Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
     
    09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 
Taksiran Fidyah
 
Taksiran bagi fidyah adalah sebagaimana formula berikut :
 
Hari yang ditinggalkan   x   tahun gandaan   x   1 cupak   =   Fidyah
 

Kadar Bayaran 
  • Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat Zakat Fitrah (1/4 gantang Baghdad).
  • Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada  tahun 2020, secupak beras bersamaan dengan 650 gram dinilai dengan kadar RM 2.00.

Contoh
 
Jika seseorang meninggalkan  puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
 
RM 2.00 (1 cupak)  x  3 hari  x  3 tahun  =  RM 18.00   
 
Untuk membuat kiraan secara atas talian, sila klik di bawah :

KALKULATOR FIDYAH & KAEDAH BAYARAN


 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Pengertian Fidyah

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.
 

Hukum Fidyah
Wajib disempurnakan  mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
 
Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
 
Uzur Menunaikan Puasa Wajib
  • Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak menpunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.
Perempuan Hamil
  •  Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Ibu Yang Menyusukan Anak
  • Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
Orang Yang telah Meninggal Dunia
  • Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
  • Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Pengertian Fidyah

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Hukum Fidyah

Wajib disempurnakan  mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah

• Uzur Menunaikan Puasa Wajib 
 Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak menpunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.

• Perempuan Hamil
 Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

• Ibu Yang Menyusukan Anak
 Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

• Orang Yang telah Meninggal Dunia
 Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

• Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
 Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

TAHUKAH ANDA?

Projek Wakaf, Pembangunan semula Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu dikendalikan sepenuhnya oleh MAIDAM Setiap sumbangan wakaf anda akan memberi manfaat kepada ummah. Ayuh berwakaf!

epay.maidam.gov.my
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY