• baner
  • Banner UTC
  • maal 2019
  • merdeka
  • 21
  • wakaf
  • sewa
  • 2
  • pay

NISAB SEMASA

RM 14,012.07

 

 

 

 

 

 

 

BERITA MAIDAM

11a3a2a1a

2a1a3agambar

6imageemail

En Zul APC 2018 2

21 Mac 2019 (Khamis) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan dua (2) kakitangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Turut hadir meraikan majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, serta pegawai-pegawai Kanan MAIDAM.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu - aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin

Dalam majlis tersebut, sebelas (11) orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan (Januari – Februari 2019) . Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin.

APC MAC 2019

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin menyampaikan anugerah kepada kakitangan yang terpilih

Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah dua (2) kakitangan MAIDAM yang bersara iaitu Encik Abdullah bin Muda dan Encik Zulkifli bin Haji Endut.

Encik Abdullah bin Muda dilahirkan pada 25 Mei 1961, mula berkhidmat di MAIDAM sebagai Pembantu Pemeriksa Zakat pada 4 Disember 1986. Disahkan jawatan pada 9 Disember 1995 sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Sepanjang perkhidmatan, antara anugerah yang diterima beliau adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan pada tahun 2009, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan sebanyak 3 kali pada tahun 2007, 2016 dan 2018. Beliau bersara pada 25 Mei 2019.

En Lah Bersara

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Encik Abdullah bin Muda

Encik Zulkifli bin Haji Endut pula dilahirkan pada 21 Mac 1959, dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 bermula 3 September 2006 bertaraf sementara. Pada 1 Januari 2008 beliau diberi taraf tetap dan disahkan jawatan pada 27 Julai 2010. Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Jabatan pada tahun 2009 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan pada tahun 2016 dan 2018. Beliau bersara pada 21 Mac 2019.

En Zul APC 2018 1

Encik Zulkifli bin Haji Endut ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan bagi bulan November - Disember 2018 yang lalu.

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 212

Hari sebelum 512

Minggu ini 4272

Bulan ini 15446

Jumlah 161698

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?