• baner
  • saga
  • semakantemuduga
  • 21
  • wakaf
  • sewa
  • 2
  • pay

NISAB SEMASA

RM 14,012.07

 

 

 

 

 

 

 

BERITA MAIDAM

11a3a2a1a

2a1a3agambar

6imageemail

 DSC 2221 42

18 Mac 2019 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima lawatan daripada Jawatankuasa Pematuhan SAGA bagi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Lawatan ini bertujuan untuk membuat penilaian Pematuhan SAGA terhadap sistem aplikasi yang digunapakai di MAIDAM.

Berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018Kerajaan memutuskan bahawa Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan yang diguna pakai oleh agensi-agensi perlu mematuhi Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (Standard Accounting System For Government Agencies - SAGA).

Dalam majlis tersebut Pasukan Petugas SAGA MAIDAM telah membentangkan slaid dan dokumen berkait kandungan Borang Self – Asessment SAGA Compliance Review (SASAR) kepada Jawatankuasa Pematuhan SAGA yang diketuai oleh Puan Ruzinah binti Rukun, Timbalan Pengarah, Bahagian Khidmat Perunding JANM. 

Pihak jawatankuasa berpuas hati terhadap pembentangan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas SAGA MAIDAM dan mengisytiharkan bahawa MAIDAM sebagai agensi pertama yang layak menerima Sijil Pematuhan SAGA bagi tahun 2019.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji M. Rozi bin Bidin. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En Saidi bin Salleh @ Sulong, wakil Pegawai Kewangan Negeri, wakil Bendahari Negeri dan pegawai-pegawai kanan MAIDAM.

klik disini untuk melihat gambar.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 104

Hari sebelum 1045

Minggu ini 104

Bulan ini 14869

Jumlah 230496

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?