uitm 1
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin menyampaikan cenderahati kepada Prof. Madya Ts. Dr. Mazidah binti Puteh, Rektor UITM Cawangan Terengganu
24 Ogos 2020 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu. Delegasi UiTM disambut dengan mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin dan Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain. Kunjungan hormat ini diwakili oleh 12 orang pegawai dari UiTM yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mazidah binti Puteh, Rektor UiTM Cawangan Terengganu.
uitm 2
Dalam kunjungan tersebut pelbagai perkara dibincangkan termasuklah program kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Selain itu, pihak UiTM turut diberi penerangan berkenaan Bantuan Pendidikan yang ditawarkan oleh MAIDAM. Tuan Haji M. Rozi juga berkata, pada tahun 2019, sebanyak RM41,796,384.50 telah dibelanjakan untuk Bantuan Pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak UiTM berkunjung ke MAIDAM. Beliau juga mengharapkan agar dapat bekerjasama dengan pihak UiTM dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada para pelajar dan juga golongan asnaf.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 365

Hari sebelum 1028

Minggu ini 3484

Bulan ini 23221

Jumlah 1360655

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag