Di antara pengurusan tertinggi MAIDAM yang hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan), Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) serta semua Pegawai Agama Daerah.


Skim Perkhidmatan Da’ie dan Muallim telah mula diperkenalkan pada tahun ini. Skim Perkhidmatan Muallim telahpun bermula pada September 2013 yang lalu, manakala Skim Perkhidmatan Da’ie bermula pada 1 Disember baru-baru ini . Skim ini dilaksanakan selaras dengan objektif dan dasar MAIDAM ke arah memperkasakan pentadbiran HaI Ehwal Islam dan membentuk masyarakat yang memiliki tasawwur Islam yang bebas     dari masalah sosial dan jenayah.

Pegawai Da’ie yang hadir telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) berkenaan visi, misi, objektif serta senarai tugas Pegawai Da’ie. Manakala taklimat berkenaan kemudahan dan kelayakan Pegawai Da’ie telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya  (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan).

Majlis perjumpaan ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab di antara pihak pengurusan dan Pegawai Da’ie dan berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan makan tengahari.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 43

Hari sebelum 895

Minggu ini 938

Bulan ini 21761

Jumlah 2479489

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?