10 Mac 2019 (Ahad) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah bersama Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Kunjungan ini diwakili oleh 7 orang delegasi yang diketuai oleh YB. Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah .
Rombongan ini telah disambut dengan mesra oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, serta Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain.
Dalam sesi kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pandangan dan maklumat khususnya berkenaan hala tuju dan masa depan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB. Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkunjung ke MAIDAM.