Lawatan peguam syarie kelantan mac 2019

25 Mac 2019 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan (PPSK). Kunjungan hormat ini diwakili oleh 10 delegasi PPSK yang diketuai oleh pengerusi persatuan iaitu Puan Che Rosmah bt Mohd Zain.Majlis juga telah menjemput Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu (PPSK) iaitu Tuan Hj Mukhtar b Abdullah serta setiausaha persatuan iaitu Hajjah Asmayani Suhaida bt Kamaruddin.

Kesemua wakil PPSK tersebut telah diberi penerangan tentang program Ar Riqab yang diuruskan oleh pihak MAIDAM. Penerangan tersebut disampaikan oleh Ustaz Nazli Amirri b Ngah yang juga merupakan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM. Dalam penerangan tersebut, pihak delegasi di beri maklum berkaitan hal-hal Ar Riqab dalam membantu golongan asnaf yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman bagi kes-kes tuntutan perceraian dan fasakh di mahkamah syariah melalui Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu (PPST).

Lawatan peguam syarie kelantan mac 2019 2

Ustaz Nazli Amirri bin Ngah

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat)

Pihak majlis mengucapkan penghargaan diatas kesudian pihak delegasi PPSK berkunjung ke MAIDAM dalam berkongsi maklumat kepeguaman.

Lawatan peguam syarie kelantan mac 2019 3

Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menyampaikan cenderahati kepada Puan Che Rosmah bt Mohd Zain, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Kelantan.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 3017

Hari sebelum 2850

Minggu ini 8354

Bulan ini 41171

Jumlah 2705770

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag