Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

OSMAN (kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan di pekarangan Masjid Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR.
Kuala Terengganu: Kadar bantuan zakat kepada golongan asnaf iaitu fakir dan miskin di Terengganu dinaikkan antara 16.6 peratus dan 25 peratus tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, seramai 22,857 Ketua Isi Rumah (KIR) golongan fakir dan miskin akan menerima bantuan zakat membabitkan jumlah keseluruhan RM13.5 juta.Beliau berkata, KIR fakir dan miskin yang mempunyai tanggungan tiga ke bawah akan menerima kenaikan 25 peratus iaitu daripada RM400 tahun lalu kepada RM500 tahun ini."KIR yang mempunyai tanggungan lebih daripada empat orang pula akan menerima kenaikan sebanyak 16.6 peratus iaitu daripada RM600 kepada RM700 tahun ini."Maidam memahami kesusahan dihadapi golongan asnaf dalam menghadapi bulan Ramadan terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya," katanya kepada media selepas mengagihkan bubur lambuk di pekarangan Masjid Negeri, di sini, hari ini.Osman berkata, bantuan zakat sempena Ramadan itu akan disalurkan terus ke akaun penerima pada minggu hadapan.Beliau berkata, kenaikan kadar bantuan itu dipersetujui Ahli Majlis Mesyuarat Maidam bertujuan meringankan bebanan semua golongan asnaf.
 
sumber berita daripada Harian Metro
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY