Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

245954942 194687526123491 6998114934100141194 n

16 Oktober 2021 (Sabtu), KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membangunkan aplikasi Sahabat MAIDAM bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat secara terus berkaitan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin berkata, usaha membangunkan aplikasi itu dilakukan bagi menambah baik kemudahan saluran aduan oleh orang ramai selain membantu meningkatkan cara kerja secara lebih efisien.

Katanya, kemudahan aplikasi yang disediakan sejak Julai lalu itu boleh dimuat turun oleh semua pengguna telefon pintar yang memiliki perisian Android dan iOS.

“Mereka yang ingin menyalurkan maklumat perlu mendaftar sebagai Sahabat MAIDAM sebelum menghantar maklumat seperti gambar dan latar belakang asnaf bagi memudahkan pihak MAIDAM membuat rujukan.
“Aplikasi ini juga dilengkapi kemudahan terkini seperti ‘global positioning system’ atau sistem pengesanan global (GPS) bagi memudahkan penyiasat MAIDAM turun ke lokasi bagi mempercepatkan proses bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Tuan Haji M. Rozi berkata, MAIDAM masih lagi menerima aduan mengenai kes-kes asnaf tercicir yang dilaporkan menerusi pelbagai medium antaranya Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Facebook MAIDAM, panggilan serta mesej tular melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Bagaimanapun, katanya, wujud masalah dari segi pelaksanaan apabila maklumat yang diterima tidak lengkap, tidak tepat, lokasi asnaf tidak diketahui serta beberapa masalah lain.

“Kami harap masyarakat dapat memanfaatkan aplikasi ini agar maklumat aduan yang penting dan tepat sampai kepada MAIDAM bagi membolehkan golongan asnaf ini disantuni sekali gus meningkatkan keprihatinan mereka terhadap golongan terbabit.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY