17 Oktober 2021 (Ahad) – Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) telah menyerahkan Zakat Perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM50,000.00.
Penyerahan disempurnakan oleh Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi, Pengarah BSN Negeri Terengganu, kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.Turut hadir mengiringi beliau ialah Encik Haslan bin Hashim, Ketua Deposit dan Pembayaran BSN Negeri Terengganu.