Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

SEBERANG TAYOR
07 Mac 2022- Isnin, Kemaman, : Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, menerima sumbangan Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri Di JPM (HEA) berjumlah RM1 Juta di Surau Haji Othman, Kg, Seberang Tayor, Kemaman.

Bantuan tersebut adalah bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir.Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu.Semoga dengan bantuan yang akan diagihkan dapat meringankan beban mereka yang telah terlibat dengan banjir.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY