Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

5.3 JUTA
13 Mac 2022 Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyalurkan sumbangan RM5.3 juta untuk diagihkan kepada 8,337 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di negeri ini, baru-baru ini.

Yang Dipertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, setiap KIR akan menerima bantuan sebanyak RM500."Kita menggunakan zakat Al-Gharimim sebanyak RM4 juta untuk diagihkan kepada semua mangsa banjir yang dipindahkan ke 236 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri"Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) turut menyumbang RM1 juta manakala Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan bantuan RM250,000 untuk membantu meringankan beban semua mangsa banjir," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Maidam, di sini, hari ini.

Sumber : Harian Metro

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY