Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

unisza 1


7 Ogos 2022- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis yang telah diadakan di Pejabat Naib Canselor, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

Bagi mewakili pihak UniSZA, MoA tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar) dan bagi pihak MAIDAM, MoA tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif) dan YBrs. Encik Abd Razak bin Abd Rahman (Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Mal).

unisza 3


Turut menyaksikan detik bersejarah tersebut ialah YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM) dan YBrs. Dr. Azmi bin Omar (Ahli Lembaga Pengarah UniSZA). Turut hadir daripada pihak UniSZA ialah YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Puan Shakimah binti Endut (Bendahari), YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini (Penasihat Undang-undang), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin b. Eng. Ali (Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen).

Pautan Gambar

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY