Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

RUMAH BESUT29 September 2022 (Khamis) Jerteh :- Encik Razmi bin Junoh menerima bantuan Bina Baru Rumah MAIDAM. Beliau yang bekerja sebagai buruh kilang batu bata itu sebelum ini menetap di rumah sewa bersama isteri dan empat orang anak yang masih lagi dalam tanggungan dengan kadar bayaran sewa berjumlah RM300 sebulan. Pendapatan bulanan yang tidak seberapa menyebabkan isteri beliau juga turut bekerja sebagai pembantu kantin sekolah bagi membantu suami memenuhi keperluan harian keluarga. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dinjinjing”.

Kini, beliau sekeluarga bakal menetap di kediaman baharu. Dibawah Skim Bantuan Bina Baru Rumah MAIDAM, insyaAllah mereka dapat menemui suasana yang lebih selesa.Serahan kunci rumah baru disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Husain, Pengarah Urusan PTA First Electrical yang juga merupakan pembayar zakat di MAIDAM. Penyerahan turut disaksikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Azrin bin Adnan , Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan YM Tuan Azri bin Tuan Ahmad, Pegawai MAIDAM Daerah Besut.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY