Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

AZRIN04 Oktober 2022 (Selasa) Kuala Terengganu:- Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Dwi Bulanan bagi bulan Julai dan Ogos Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Seramai 10 pekerja telah menerima anugerah tersebut.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau turut menekankan tentang kerja berpasukan. "Tanpa kerja berpasukan, tidak akan ada pekerja cemerlang" ujarnya."Bagai aur dengan tebing" saling melengkapkan antara satu sama lain".Semoga menjadi pembakar semangat untuk semua warga MAIDAM bagi mempersembahkan kualiti kerja yang baik demi kecemerlangan diri dan kecemerlangan jabatan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat.

Turut berlangsung juga majlis persaraan bagi meraikan Encik Nik Muhamad Nasir bin Nik Omar, mantan Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, MAIDAM. Jasamu terus dikenang di MAIDAM dan semestinya setiap amanah yang dilakukan sepanjang kerjaya diganjarkan pahala oleh Allah SWT.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY