Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

logo rasmi

30 Oktober 2022 Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melancarkan Skim Al-Hanan, yang merupakan skim khairat kematian MAIDAM untuk para pembayar zakat yang menunaikan zakat hartanya kepada MAIDAM. Skim ini bakal memberikan manfaat kepada pembayar zakat harta serta warisnya.

Kadar manfaat adalah sebanyak RM3,000.00 bagi jumlah bayaran zakat RM50.00 dan ke atas, manakala RM5,000.00 pula bagi bayaran zakat RM1,000.00 dan ke atas. 

Sementara itu, kadar agihan manfaat (kafalah) pula ialah bagi manfaat RM3,000.00, sebanyak RM2,000.00 akan diagihkan kepada waris yang menuntut, RM500.00 dimasukkan ke Tabung Wakaf Tunai Am atas nama simati dan RM500.00 ke tabung Wakaf Tunai Perkuburan Am.

Manakala bagi manfaat skim RM5,000.00, RM3,000.00 akan diagihkan kepada waris yang menuntut, RM1,000.00 ke Tabung Wakaf Tunai Am dan RM1,000.00 ke tabung Wakaf Tunai Perkuburan Am.

Untuk maklumat lanjut, para pembayar zakat bolehlah berhubung terus dengan pejabat MAIDAM yang berhampiran di seluruh negeri Terengganu.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY