Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Dialisis Wakaf

13 Disember 2022 Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) dan Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu (PPBPT) berjaya mewujudkan sebuah pusat hemodialisis yang dinamakan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu.

Pusat tersebut dibina atas tanah dan bangunan yang diwakafkan oleh salah seorang ahli korporat iaitu Dato’ Haji Khalid bin Mat Zin pada tahun 2010.Pembelian mesin-mesin dialisis sebanyak 7 unit adalah  menggunakan dana sumbangan wakaf tunai oleh orang ramai berjumlah RM770,140.00.

Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail turut memaklumkan bahawa MAIDAM membelanjakan lebih RM1 juta setahun bagi membantu pesakit buah pinggang di kalangan asnaf mendapatkan rawatan dialisis secara percuma di seluruh negeri. Beliau menambah, ia mampu memberi manfaat kepada 408 pesakit golongan asnaf mendapatkan rawatan dialisis.

"Kita harap pembukaan pusat dialisis baharu ini mampu membantu lebih ramai pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan dialisis secara percuma terutama golongan asnaf," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu di Kampung Baroh Che Miah, Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.Hadir sama Ketua Pagawai Eksekutif BKRM, Dr Mohammad Hanis Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Sehingga kini sebanyak empat pusat hemodialisis wakaf telah beroperasi iaitu di Besut, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang mahu membina pusat hemodialisis wakaf di Kerteh, Kemaman yang membabitkan kos sebanyak RM1 juta pada tahun hadapan."Kita harap pusat hemodialisis yang diwujudkan bukan saja dapat membantu golongan asnaf dan tidak berkemampuan tetapi memberi manfaat kepada semua golongan di seluruh negeri ini.

"Pesakit golongan asnaf diberikan rawatan secara percuma manakala golongan berkemampuan akan dikenakan sedikit bayaran dan pusat baharu dibuka di Kuala Terengganu mampu menampung seramai 18 pesakit buah pinggang sehari," katanya.

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY