Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

kunjungan hormat YIT

KUALA TERENGGANU 08 Rejab 1444 bersamaan 30 Januari 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada rombongan Yayasan Islam Terengganu (YIT) yang diketuai oleh Pengarah YIT, Haji Ishamudin bin Hashim. Rombongan YIT tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan di ibu pejabat MAIDAM.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincang dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi bagi meningkatkan syiar Islam di negeri Terengganu. Hubungan yang sedia terjalin ini diperkukuhkan lagi dengan sesi bertukar-tukar pandangan tentang peranan dan tanggungjawab kedua-dua agensi.

Pegawai-pegawai kanan YIT dan MAIDAM serta lain-lain pegawai telah turut hadir di dalam majlis tersebut. Terima kasih kami ucapkan atas kunjungan tersebut, ukhuwah terjalin kita kukuhkan, berkatnya muafakat bersatu hati.

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY