Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Sultan meraikan fakir miskin 
 
Kuala Terengganu, Selasa 8 Zulhijjah 1444 bersamaan 27 Jun 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu telah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Dewan Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu di sini semalam.
 
Baginda berdua diiringi Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Setia Mahkota Raja, YAM Tengku Puteri Utama Raja dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja.
 
Menyambut keberangkatan baginda ialah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terenggnau dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
 
Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 100 orang fakir miskin daripada kalangan asnaf MAIDAM bersama-sama dengan 300 orang warga istimewa lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
 
KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada warga istimewa dan fakir miskin sejurus selesai majlis jamuan.
 
Turut menghadiri majlis tersebut ialah YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), Encik Abd. Razak Abd. Rahman (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal), Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan) serta pegawai-pegawai dan beberapa orang kakitangan MAIDAM.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY