Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 McDonald bayar zakat perniagaan 2023
 
KUALA TERENGGANU 28 Zulhijaah 1444 bersamaan 17 Julai 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima serahan zakat perniagaan daripada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd di dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu Oleh McDonald’s Malaysia Kepada Asnaf Zakat Negeri Terengganu.
 
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd merupakan pemegang lesen McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM110,000.00 kepada YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menerusi wakilnya, Encik Shadan Ismail, Ketua Operasi Bahagian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang). Menyaksikan majlis tersebut ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir Puan Rosedalina binti Ibrahim (Pengarah Halal, Pengurusan Risiko & Pematuhan Mc Donald’s Malaysia), Pn. Wan Noraina Mardhiah binti Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan MAIDAM), pegawai-pegawai MAIDAM serta pengurusan McDonald’s Malaysia.
 
McDonald sumbang lembu kpd asnaf 2023 1
 
Di dalam majlis tersebut, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan lima ekor lembu kepada asnaf zakat Terengganu iaitu dua ekor melalui MAIDAM, dua ekor kepada pihak Penjara Marang dan seekor kepada Asrama Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Darul Akhyar.
 
Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 50 orang asnaf zakat Terengganu yang menerima sumbangan wang fidyah daripada MAIDAM serta bungkusan daging daripada McDonald’s Malaysia. MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada McDonald’s Malaysia yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada MAIDAM dan didoakan kepada semua agar dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT, diberkati segala harta dan perniagaan.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY