Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 

wakaf 2

Program Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 dan Pelancaran Aplikasi Geospatial Tanah Wakaf MAIDAM telah diadakan pada 26 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Masjid Abidin (Masjid Negeri), Kuala Terengganu.
 
wakaf 3
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah merasmikan program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Masjid Abidin (Masjid Negeri).  
 
Matlamat penganjuran program tersebut adalah untuk menyemarakkan kesedaran berwakaf dalam kalangan penduduk negeri Terengganu sekaligus meningkatkan kutipan dana wakaf bagi mencapai kesejahteraan sosial umat Islam di negeri ini.
 
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR, Prof. Madya Dr Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, para pegawai JAWHAR dan MAIDAM serta para peserta program. 
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY