Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM
1. Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
2. Dengan menggunakan Sistem Permohonan Zakat ini, pemohon perlu mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan serta mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing bagi membolehkan ia diproses.
3. Jika borang permohonan beserta salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan tersebut tidak dapat diproses.
4. Bagi menggunakan Sistem Permohonan Zakat, pemohon hendaklah menggunakan pelayar (browser) Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768. (Klik Untuk Muat turun Perisian Google Chrome.)
5. Sistem Permohonan Zakat MAIDAM ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memudahkan rakyat memohon bantuan dan juga warga MAIDAM mengurus permohonan bantuan zakat tersebut.
6. Klik pada Butang di bawah untuk membuka laman menu Sistem Permohonan Zakat.
7. Bagi permohonan zakat IPT, pemohon perlu merujuk kepada laman web https://ypmaidam.my kerana ia diurus oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.