Luqatah

PENGERTIAN LUQATAH


• Harta Luqatah ialah sesuatu yang dipungut atau harta tercicir.

• Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumapai oleh orang lain.

• Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai harta tanap milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas tersebut.

 Ubai bin Ka’ab r.a. meriwayatkan:

  “saya menemui satu uncang yang berisi serratus dinar dan saya pergi untuk menemui Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda: “Umumkan tentangnya selama setahun.” Namun tiada siapa yang mengenalinya kemudia saya pergi bertemu baginda lagi. Baginda bersabda: “Umumkanlah selama setahun, sehingga tuannya dating. Jika tiada yang datang engkau gunalah.” Lalu saya pun menggunakannya.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
  

 Rasullulah s.a.w. bersabda:

“Kenalilah akan ikatan yang mengikat harta tersebut serta bekasnya, kemudian hebahkanlah selama setahun. Sekiranya kamu tidak menemui tuannaya maka kamu boleh memilikinya dan membelanjakannya, dan hendaklah ia dijadikan sebaga barang simpanan di bawah jagaan kamu. Sekiranya pada suatu hari dating tuannya kepada kamu maka berikannlah kepadanya. ”
(Al-Bukhari)

Zaid bin Khalid AL-Juhani meriwayatkan seorang lelaiki bertanya Rasulullah s.a.w berkenaan dengan Harta Luqatah lalu baginda bersabda:

“Hebohkanlah harta tersebut selama setahun.”
(Al-Bukhari dan Muslim)


HUKUM MEMUNGUT


Sunat    Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut

Wajib    Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.

Harus   Jika tidak dibimbangi akan hilang.

Haram  Bagi orang yang berniat jahat.

PERANAN PEMUNGUT


•    Menjaga Harta Luqatah

•    Menghebahkan kepad orang  ramai

•    Menyerahkan kepada tuannya jika dijumpai

•    Menyerahkan kepada pihak Baitulmal (MAIDAM) jika tiada tuntutan

JENIS-JENIS

A.    Harta Bukan Haiwan


i)    Harta yang cepat rosak, seperti makanan

      • Dari segi hukum harta sebegini diberi pilih kepada penemunya sama ada untuk memamkan atau menggunakannya dan diganti, atau dia menjualnya dan menyimpan harganya.

ii)   Harta yang cepat rosak tetapi boleh dijaga supaya tidak rosak

       • Bagi harta jenis yang wajib bagi penemunya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik asal iaitu menjual dan menyimpan harganya. Melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan harta tersebut dari rosak dengan belanja sendiri, atau dia menjual sebahagian harta tersebut bagi tujuan perbelanjaan penjagaan harta yang selebihnya.

iii)  Bagi harta yang tidak rosak

      • Bagi harta ini wajib bagi penemu menjaganya selama tempoh hebahan


B.    Luqatah Haiwan

• Harus bagi penemu memelihara haiwan yang ditemuinya dan dikembalikan kepada tuannya apabila dituntut. Beliau boleh meminta dari tuan asalnya jumlah perbelanjaan yang digunakannya. Harus juga bagi beliau menjual dan menyimpan wang hasil jualan.

Panduan Serahan Harta Luqatah

• Penemu hendaklah menyerahkan harta yang djumpai kepada Unit Wakaf dan Sumber Am MAIDAM atau pejabat Pusat Zakat atau Ar-Rahnu Daerah yang terdekat

• Penemu perlu mengisi Borang Serahan Harta Luqatah dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab berserta harta luqatah.

• Resit / Akaun Terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan

• Pihak MAIDAM akan membuat tindakan susulan


HIKMAH

• Mendapat ganjaran daripada Allah

• Dapat membantu orang yang kehilangan sesuatu serta meringankan kesusahannya

• Mengelakkan harta jatuh ke tangan orang yang berniat jahat.

• Mengukuhkan perpaduan ummah

Fidyah

PENGERTIAN FIDYAH

• Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

• Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.


HUKUM FIDYAH

• Wajib disempurnakan  mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah S.W.T. sekiranya tidak dilaksanakan.

 

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH


• Uzur Menunaikan Puasa Wajib 

 Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak menpunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.

•    Perempuan Hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

•    Ibu Yang Menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

•    Orang Yang telah Meninggal Dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

•    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

Hari yang ditinggalkan x tahun gandaan x 1 cupak = Fidyah

KADAR BAYARAN TUNAI


• Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat Fitrah (1/4 gantang Baghdad)

• Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sehingga tahun 2014, secupak beras bersamaan dengan 650 gram dinilai dengan kadar RM1.95.

CONTOH:-


Jika seseorang meninggalkan  puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas  3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
 

RM1.95(1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM17.55

 

BAYARAN FIDYAH


Perkiraan dan bayaran boleh dibuat dengan wang tunai kepada MAJLIS AGAMA DAN ADAT MELAYU TERENGGANU.

Agihan Fidyah

• Bayaran fidyah yang diterima oleh MAIDAM  akan diagihkan kepada golongan fakir miskin dalam bentuk Beras.

• Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


“…..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 184)
       
   

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:-


“Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir miskin"
(Riwayat At-Tairmizi)”

Harta Pusaka

•   Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.

HARTA PUSAKA TERMASUK

•    Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.

•    Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati

•    Hutang kepada si  mati yang dijelaskan selepas kematiannya.

•    Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP).

•    Barang yang terbit selepas kematianya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK

•    Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.

•    Khairat kematian

•    Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian

•    Imbuhan, pampasan dan saguhati

•    Pencen terbitan

•    Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

•    Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya

Kenapa Pembahagian Pusaka Perlu Disegerakan

Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku:

•    Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil

•    Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.

•    Wasiat tidak disempurnakan dengan segera

•    Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis

•    Pembahagian yang salah akibat lupa keterengan sebenar.

•    Harta tidak terurus dan terbiar

•    Urusniaga tidak dapat dijalankan

•    Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris –waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.

•    Kehilangan dokumen penting  seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T bermaksud :

“Wahai orang –orang Islam, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah ( tipu,judi dan sebagainya…)

(An-Nisa’ : 29)

Tanggungjawab Waris Menunaikan Hak Si Mati Ke Atas Harta Pusaka

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

•    Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja.

•    Menjelaskan hutang si mati :

    Hutang kepada Allah S.W.T seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.

    Hutang kepada manusia


•    Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

SEBAB SEBAB MENERIMA PUSAKA

•    Perkahwinan

•    Keturunan

•    Pembebasan hamba

Harta Pusaka Yang Terhak Kepada Baitulmal

Harta pusaka yang diterima oleh Baitulmal disebabkan tiada waris atau tiada waris yang layak menghabisi harta tersebut setelah dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum syarak melalui perintah Pembahagian Pusaka Kecil/ Perintah Pembahagian Pusaka oleh Amanah Raya atau Perintah Mahkamah Tinggi.
 

TEBUS PUSAKA

Sekiranya Baitulmal memperolehi harta tak alih daripada pusaka yang tidak terhak kepadanya, pihak waris boleh menebus harta tersebut berdasarkan nilaian semasa melalui :

•    Bicara di Pejabat Pusaka Kecil

•    Permohonan kepada Baitulmal

PROSES PENEBUSAN PUSAKA

1.    Permohonan tebus pusaka,

2.    Penilaian

3.    Ketelusan

4.    Penukaran Hakmilik kepada penebus.

Zakat Tanaman

• Kadar zakat hasil tuaian/ tanaman adalah berbeza berdasarkan kaedah siraman yang digunakan.

•Siraman menggunakan Air hujan 1/10 x Hasil Tuaian

• Siraman Menggunakan Teknologi Moden 1/20 x hasil Tuaian

• Sementara hasil tuaian yang wajib dikenakan zakat ialah 375 gantang Malaysia = 937.5 Kg.

• Misalnya :

Jumlah hasil tuaian ( air hujan ) = 1000 gantang

maka zakat yang dikenakan adalah : 1/10 x 1000 gantang

= 100 gantang hasil tuaian.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 2069

Hari sebelum 3349

Minggu ini 10755

Bulan ini 43572

Jumlah 2708171

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag