Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Persatuan Orang Pekak Negeri Terengganu telah berlangsung pada 22 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid, Kompleks Seri Iman. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Musa Selaku Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam MAIDAM kepada Tengku Arman Harris Bin Tengku Ismail selaku Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu.
Turut Hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Pegawai bahagian Masjid serta AJK Persatuan Orang Pekak Terengganu. Jumlah Kutipan tersebut berjumlah RM39,201.00 telah dikumpulkan dari semua Masjid-Masjid seluruh Negeri Terengganu.