MAIDAM Sumbang Zakat RM5 Juta Kepada UIM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyerahkan zakat berjumlah RM5 juta kepada Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai sokongan terhadap perkembangan universiti yang memfokuskan kepada pengajian Islam di negara ini.


Yang DiPertua MAIDAM, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata MAIDAM bersetuju untuk menghulurkan bantuan zakat kepada universiti itu selepas melihat keperluan UIM yang memfokuskan kepada bidang agama serta sebagai universiti wakaf pertama di Malaysia.

“Peruntukan zakat ini merupakan kali pertama diserahkan kepada UIM di mana RM3 juta adalah bagi kos pembangunan seperti pembinaan aset kekal dan RM2 juta lagi untuk pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penyerahan cek bantuan zakat RM5 juta kepada UIM di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan cek itu kepada Presiden UIM, Tan Sri Profesor Dr Mohd Yusof Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata UIM berterima kasih dengan keprihatinan MAIDAM kerana bekerjasama untuk merealisasikan hasrat UIM menjadi universiti yang unggul dalam pendidikan negara, khususnya dalam pengajian Islam.

Katanya, UIM merupakan sebuah universiti pasca siswazah pertama di Malaysia adalah kesinambungan dari penubuhan Kolej Islam Malaya yang ditubuhkan pada 8 April 1955. Malah sebagai universiti wakaf, ia memerlukan sokongan penuh dari banyak pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

“UIM akan membuka permohonan untuk menyambung pelajaran ke program Sarjana dan Doktor Falsafah pada akhir Jun ini dan pengambilan pertama akan bermula pada September depan."

“Sebagai permulaan, kita menawarkan tujuh kursus termasuk undang-undang, kewangan dan warisan dengan fokus ilmu perbandingan sebagai tujahan utama universiti,” katanya.


Sumber : teganukita.my

Last modified on Thursday, 08 February 2018 15:08
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 472

Hari sebelum 2475

Minggu ini 472

Bulan ini 50525

Jumlah 2715124

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?