Kemaman 9 Dis 2013 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Jabatan Baitulmal telah menyediakan bantuan berupa air mineral, beras, bihun, sardin, biskut, roti, toto/narita, pampers, tuala wanita dan lain-lain bernilai RM 35,000.00 dan telah dihantar ke Pejabat Daerah Kemaman serta pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol dan Sekolah Kebangsaan Binjai. Bantuan ini diberi bagi menampung bekalan yang telah disediakan oleh jawatankuasa berkaitan.
MAIDAM Salur Bantuan Banjir
- 16 December 2013 |
- Published in Berita 2013
- Written by Super User
- Be the first to comment!