1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya sesebuah Syarikat Kontraktor ingin mendaftar lesen syarikatnya dengan MAIDAM?
Jawapan :
Bagi kontraktor yang ingin mendaftar syarikat mereka di MAIDAM, mereka perlu menghantar salinan lesen syarikat dan dokumen tambahan seperti profail syarikat ke Bahagian Teknikal MAIDAM.
2. Bagaimanakah MAIDAM membuat pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek-projek baik pulih rumah atau bina baru rumah PPRT MAIDAM?
Jawapan :
Bahagian Teknikal MAIDAM akan menjalankan proses undian bagi menentukan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian mahupun bina baru yang mana kontraktor-kontraktor yang berdaftar tersebut akan dinilai dan ditapis mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.
3. Adakah kontraktor perlu mendaftar kembali syarikat di MAIDAM setiap kali lesen syarikat diperbaharui?
Jawapan :
Kontraktor tidak perlu berbuat demikian setiap kali memperbaharui lesen, namun sekiranya terdapat pindaan maklumat seperti nama syarikat, alamat ataupun gred pendaftaran lesen, kontraktor perlulah memaklumkan kepada Bahagian Teknikal MAIDAM dengan menghantar salinan lesen terbaru.
4. Masih adakah penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan?
Jawapan :
Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan di Laman Web MAIDAM dan pembeli yang berminat hendaklah senantiasa membuat semakan di laman web.
5. Macammana cara penjualan rumah MAIDAM ?
Jawapan :
Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan melalui proses tender yang akan diiklankan di Laman Web MAIDAM dan borang hendaklah dibeli di Bahagian Teknikal, MAIDAM. Manakala penjualan rumah MAIDAM yang ditolak oleh pembeli sebelumnya adalah melalui permohonan bersurat dari pembeli baharu.
6. Bagaimanakah proses pembelian rumah MAIDAM ?
Jawapan :
Pembelian rumah MAIDAM yang baharu dan lama akan melalui proses pindahmilik dengan Peguam Panel yang telah dilantik oleh pihak MAIDAM.
7. Macammana cara pemilik ingin menjual tanah atau bangunan milik mereka kepada pihak MAIDAM ?
Jawapan :
Pemilik berkenaan hendaklah menghantar surat penawaran beserta harga tawaran dan salinan geran sebagai bukti tanah atau bangunan yang hendak dijual tersebut milik mereka.
8. Bagaimanakah proses penerimaan dan penolakan penawaran penjualan tanah dan bangunan oleh pihak MAIDAM ?
Jawapan :
Pihak MAIDAM akan membuat perbincangan awal terlebih dahulu berhubung penawaran itu dengan melihat nilaian hartanah yang ditawarkan dan peruntukan kewangan yang ada. Sekiranya hartanah tersebut berpotensi untuk dimajukan, kertas kerja akan disediakan dan diangkat ke Mesyuarat Jk. Eksekutif / Pengurusan MAIDAM bagi kelulusan. Setelah kelulusan diperolehi, pihak MAIDAM akan menghantar salinan geran ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta bagi membuat nilaian semasa dan seterusnya proses pindah milik akan dilakukan oleh Peguam Panel lantikan MAIDAM. Pembayaran kepada penjual hartanah akan dilunaskan setelah semua proses di atas selesai.
9. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon menyewa rumah, bangunan dan tanah milk Wakaf MAIDAM?
Jawapan :
Pemohon hendaklah membuat permohonan secara bertulis iaitu membuat surat rasmi dan surat tersebut hendaklah dipos atau dihantar sendiri ke Bahagian Teknikal, MAIDAM.
10. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan tahunan diluluskan oleh Kerajaan untuk membaikpulih masjid-masjid dan surau-surau yang rosak di seluruh Negeri Terengganu tahun 2014 ?
Jawapan :
Bagi kerja-kerja menyelenggara / naiktaraf kecil masjid / surau Negeri Terengganu peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu adalah sebanyak RM 400,000.00 setahun. Di seluruh Negeri Terengganu terdapat 500 buah masjid dan 1000 buah surau yang memerlukan pembaikian. Perbelanjaan adalah berdasarkan permohonan yang mendapat kelulusan dan tertakluk kepada keptusan pentadbiran ini.
11. Apakah fungsi unit Bahagiaan Penyelenggaraan & Penyeliaan di Bahagian Teknikal?
Jawapan :
Bahagiaan Penyelenggaraan & Penyeliaan bertanggungjawab sepenuhnya di dalam menyiasat, aduan penyelenggaraan, memantau dan melaksanakan kerja-kerja pembaikian atau baikpulih kerosakan di masjid/surau, bangunan di bawah Pentadbiran Maidam dan SMA Negeri Terengganu.
12. Apakah Jenis kerosakan yang dibaikpulih?
Jawapan :
Kerosakan yang memberi ketidakpuasan hati dan mengganggu keselesaan para jemaah dan pihak yang terbabit.
13. Bagaimanakah laporan@aduan kerosakan di masjid/surau/SMA boleh dilaporkan?
Jawapan :
Semua kerosakan boleh dilaporkan kepada Pentadbiran yang dinyatakan di bawah:
Kategori
|
Pihak Terlibat
|
Masjid/surau
|
Bahagian Pengurusan Masjid
|
SMA Negeri
|
Bahagian Pendidikan
|
Bangunan Pejabat
|
Pentadbiran MAIDAM
|
14. Berapa lamakah tempoh sesebuah projek pembangunan/senggara kerja-kerja kecil boleh disiapkan?
Jawapan :
Tempoh penyiapan sesebuah projek pembangunan atau kerja-kerja kecil adalah tidak sama antara sesebuah projek. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kos, keadaan fizikal, kerosakan, cuaca, kesan kepada penghuni dan lain-lain.