Skim Wakaf Tunai Terengganu Diberi Nafas Baru

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menyuntik nafas baharu dalam perlaksanaan Skim Wakaf Tunai melalui potongan gaji bagi memudahkan penjawat awam dan swasta menyumbang dalam skim itu. 
 

Bank Rakyat Serah Zakat Perniagaan RM1,108,435

bankrakyatserahzakatBank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2014 berjumlah RM1,108,435 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima zakat itu yang disampaikan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak, di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Taklimat Perancangan dan Persaraan

Satu program yang diberi nama Taklimat Perancangan dan Persaraan oleh KWSP telah diadakan pada 11 Oktober 2017 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Seramai 90 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM semua peringkat telah menghadirinya. Takimat telah disampaikan oleh wakil KWSP Haji Razali Abdul Rahman.

Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen MAIDAM 2017

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen Kerajaan pada 21-23 Mei 2017 bertempat di Hotel M.S Garden, Kuantan, Pahang.

Kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM dan dikendalikan oleh KACD Resources Sdn. Bhd. Antara lain kursus ini mendedahkan peserta mengenai kategori rekod awam, pengkelasan dan pengendalian fail, merekod pergerakan fail, penggunaan sampul kecil, pengurusan fail 'Simpan Dalam Perhatian (SDP)' dan fail hilang serta pelupusan fail.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Pn. Suhailawati bt. Saigai.

Foto

Kadar Upah Simpan

  • 07 February 2018 |
  • Published in Ar-Rahnu

NILAI MARHUM

(RM)

KADAR UPAH SIMPAN BULANAN

BAGI SETIAP RM100.00 NILAI MARHUN

1,000 ke bawah PERCUMA
1,001 - 3,000 RM 0.50 sebulan
3,001 - 5,000 RM 0.60 sebulan
5,001 - 10,000 RM 0.70 sebulan
10,001 ke atas RM 0.75 sebulan

Bilangan Pengunjung

Hari ini 2052

Hari sebelum 3349

Minggu ini 10738

Bulan ini 43555

Jumlah 2708154

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?