


Majlis Tandatangan Perjanjian Program Memartabatkan Institusi Ulama'/Cendekiawan Islam 2020/2021 yang telah diadakan di pejabat MAIDAM yang dihadiri oleh Tuan Haji M.Rozi bin Bidin Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Nazli Amirri bin Ngah KPSU Pengurusan Zakat dan Cik Norhana bt Yaacob Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan MAIDAM. pelajar-pelajar terdiri daripada Muhamad Aslam Husni bin Aziz, Ahmad Mizwar Fikri bin Baharuddin, Nor Anisah bt Alias yang merupakan lepasan ijazah dari Jordan dan akan menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Diharap dengan peluang yang ditawarkan ini dapat memenuhi dan merealisasikan hasrat pihak MAIDAM untuk melahirkan cendikiawan anak terengganu bagi menjadi pelapis alim ulamak di negeri Terengganu.