Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir Kelantan Ke Kampung Kandek Dan Kampung Biak,Dabong, Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melaksanakan  MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PASCA BANJIR KELANTAN KE KAMPUNG KANDEK DAN KAMPUNG BIAK, DABONG pada 20-21 Januari 2015.

Seramai 120 pegawai dan kakitangan telah menyertai misi tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa misi bantuan kemanusiaan adalah seperti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurul Iman di Kampung Kandek, kawasan Sekolah Menengah Agama (Arab) Nurul Ihsan dan surau.

Kuliah maghrib telah disampaikan oleh Dato’ Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu kepada jemaah masjid. Selain itu, seramai 183 orang telah menerima sumbangan daripada MAIDAM.

Antara sumbangan yang telah diberikan adalah seperti Al-Quran, karpet, tikar getah dan pakaian seragam kepada pelajar-pelajar sekolah serta wang tunai.

 

Klik Untuk Melihat Foto Sekitar Program

 

 

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1322

Hari sebelum 1635

Minggu ini 2957

Bulan ini 51037

Jumlah 2694159

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?