A- A A+

A A A

Majlis Penyerahan Zakat Bank Rakyat dan Sterling Hectares Sdn Bhd

Hits: 784

Sultan Terengganu, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan tahun 2017 bagi pihak MAIDAM berjumlah RM1,993,638.60 daripada dua agensi di Istana Syarqiyyah kelmarin.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah menyerahkan zakat berjumlah RM1,128,462.00 di mana penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan), YBhg Dato’ Asmuni bin Sudin. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Mohd Zamerey bin Abdul Razak (Ketua Pematuhan Syariah), En. Azman bin Abd Aziz (Ketua Wilayah Kelantan/Terengganu) dan En. Md Zulkifli bin Taib (Pengurus Cawangan Kuala Terengganu).


Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah penyerahan zakat perniagaan tahun 2017 berjumlah RM865,176.60 oleh Sterling Hectares Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu yang mana penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh wakil-wakil pengurusannya iaitu YB. Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya (Setiausaha Kerajaan Negeri), Tuan Haji Ishamudin bin Hashim (Pengarah Sterling Hectares Sdn Bhd) dan En. Zurni bin Mamat (Ahli Lembaga Pengarah Sterling Hectares Sdn Bhd).


Baginda kemudian berkenan menyerahkan semua cek berkenaan kepada Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda. Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin dan lain-lain pegawai kanan MAIDAM.

Undian

Nothing found!

Cloud Tag

Bilangan Pengunjung

2641565
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
3546
19231
3546
1713409
313743
579772
2641565
Tarikh Kemaskini: 14 November 2018