kdn mac 2019 2

11 Mac 2019 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan muhibah dari Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri. Delegasi KDN ini telah disambut dengan mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi Bin Haji Bidin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong serta Pegawai-pegawai MAIDAM yang lain. Kunjungan Muhibah ini telah dihadiri oleh 4 orang pegawai dari KDN yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad , yang juga merupakan Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (KDN).

Antara tujuan KDN berkunjung ke MAIDAM adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai perlantikan penguatkuasa dari Majlis Agama Negeri di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 ditubuhkan hasil pengabungan unit-unit lain di bawah KDN sebelum ini.

Pihak beliau juga mengharapkan kunjungan ini dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat lagi dalam memastikan penerbitan buku-buku berkaitan agama Islam terutama sekali dalam penerbitan al Quran dapat dipantau daripada kesilapan percetakannya. 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 12

Hari sebelum 732

Minggu ini 3045

Bulan ini 12902

Jumlah 181739

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?