Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah Berangkat Ke Forum Agama

Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah Berangkat Ke Forum Agama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Forum Agama sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.


Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Hadir sama, kerabat-kerabat Raja, Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Orang-Orang Besar Raja; Ahli-Ahli Darjah Kebesaran Negeri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan.

 



Forum yang bertajuk “Rasulullah SAW : Al-Quran Akhlak Mu” tersebut di moderatorkan oleh Mohd Suhaimi Endut menampilkan Dato’ Mohd Kazim Elias dan Badli Shah Alauddin.

Forum tersebut yang bermula jam 8.30 malam dan tamat pada 10.30 malam itu telah menarik hampir 2,000 penonton.

 

Sumber : teganukita.my

Last modified on Thursday, 08 February 2018 15:08
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 963

Hari sebelum 835

Minggu ini 5358

Bulan ini 14683

Jumlah 230310

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?