Majlis Meraikan Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-57.

Kuala Terengganu- Majlis Sambutan Meraikan Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis Tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman.


Turut hadir dimajlis tersebut ialah Peseruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Mohd Rozali Saleh dan Pegawai-pegawai Kanan MAIDAM.Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan ganjaran wang tunai RM10000 dan satu lot tanah kepada Johan Qari Peringkat Kebangsaan iaitu Ahmad Tirmizi Bin Ali sebagai suntikan semangat dan penghargaan apabila Terengganu berjaya menamatkan penantian selama 14 Tahun.

Ahmad Tirmizi dari kampung Che Lijah Dungun, Muncul Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke- 57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Turut Membanggakan Qariah Terengganu turut memberi sumbangan dan Negeri Terengganu juga telah dinobatkan Sebagai Juara Keseluruhan.

Ahmad Tirmizi juga akan mewakili negara di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antaranbangsa nanti yang akan bermula pada 16 - 22 Jun 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:38
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 503

Hari sebelum 690

Minggu ini 3915

Bulan ini 10709

Jumlah 202927

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?