Agro Bank Serah Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  27 Okt 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Majlis berkenaan melibatkan Agro Bank Berhad yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 61,891.41. Di fahamkan zakat perniagaan tersebut  adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2012.

Difahamkan jumlah bayaran ini adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat AgroBank yang diagihkan kepada  negeri-negeri berjumlah RM 2,082,315.14.
Dalam majlis itu juga, Y.M. Syed Ibrahim b. Syed Mohamad ( Pengurus Wilayah Timur ), menjadi wakil bagi pihak Agro Bank menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Zakat Baitulmal, Y.Bhg Tuan Haji Alias b. Mamat.


Adalah difahamkan pihak Agro Bank mengagihkan zakat perniagaan mereka berdasarkan keuntungan mereka di cawangan-cawangan peringkat negeri dan menyerahkannya kepada pihak  berkuasa zakat negeri yang terlibat. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat serta berkat dari Allah Ta’ala jua kepada Agro Bank serta warga kerjanya.

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 93

Hari sebelum 3453

Minggu ini 93

Bulan ini 71308

Jumlah 1745779

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?