Penyerahan Zakat Perniagaan CIDB

KUALA TERENGGANU  31 Dis 2013 – Satu majlis penyerahan zakat perniagaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)  telah berlangsung di Pejabat Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

 

Dalam majlis berkenaan, CIDB  telah diwakili oleh Pengarah CIDB Negeri Terengganu En. Ahmad Farrin b Mokhtar  telah menyerahkan kepada MAIDAM yang di wakili oleh Pengarah Jabatan Baitulmal, Y.Bhg. Tuan Haji Mohamad Noor  b. Mohamad.  Jumlah penyerahan zakat perniagaan tersebut adalah sebanyak  RM 53,523.00.


Di fahamkan, jumlah bayaran tersebut adalah dari peruntukkan bayaran zakat perniagaan yang sebahagian besarnya hasil  dari pendapatan levi projek-projek pembangunan di negeri Terengganu dan sebahagian lagi adalah dari sumber produk-produk perkhidmatan bimbingan dan latihan dalam bidang pembinaan dan prindustrian.


Semoga dengan bayaran zakat tersebut dapat memberi  rahmat serta berkat kepada CIDB serta warganya .

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 139

Hari sebelum 3453

Minggu ini 139

Bulan ini 71354

Jumlah 1745825

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?