Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

  • Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.
Bentuk-bentuk perniagaan ialah :
i) Perniagaan Persendirian (Tunggal)
ii) Perniagaan Perkongsian
iii) Perniagaan Syarikat
 
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
  • "Ternakan " yang dimaksudkan di sini adalah seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang tidak digunakan untuk melakukan kerja dan telah pun cukup haul dan nisabnya.
  • Kadar Zakat :

Nisab paling minimum bagi :
Lembu / Kerbau  = 30 ekor
Kambing             = 40 ekor
 
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
 
 
 
  • Zakat dikenakan apabila simpanan KWSP itu dikeluarkan dan hendaklah mencukupi nisab semasa dikeluarkan. Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu disimpan pula selama setahun, maka akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.

Kaedah Pengiraan :
Jumlah Keluaran x 2.5% = Zakat 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
 
 
  • Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
  • Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan/atau mencukupi nisab (andaian RM11,504.44) wajib dikeluarkan zakat.
  • Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu tahun atau beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu tempoh bilakah bermulanya dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Contoh:

(Baki terendah bagi tahun 2014 adalah RM15,000.00)
RM15,000.00 = RM15,000.00 x 2.5%  = RM375.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM375.00).

Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka wajib dikeluarkan zakat atas pertambahan tersebut.
  • Kami menasihatkan pengiraan zakat simpanan dibuat di kaunter kami yang berhampiran tempat anda.
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
 
 
  • Kadar zakat hasil tuaian/ tanaman adalah berbeza berdasarkan kaedah siraman yang digunakan.
  • Siraman menggunakan Air hujan 1/10 x Hasil Tuaian
  • Siraman Menggunakan Teknologi Moden 1/20 x hasil Tuaian
  • Sementara hasil tuaian yang wajib dikenakan zakat ialah 375 gantang Baghdad = 937.5 Kg.
  • Misalnya :
Jumlah hasil tuaian ( air hujan ) = 1000 gantang
maka zakat yang dikenakan adalah  : 1/10 x 1000 gantang = 100 gantang hasil tuaian.


Pautan ke kalkulator ZAKAT TANAMAN
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY