Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Lokasi Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK)
Dan Kelas Bimbingan Al-Quran Saudara Kita (KBAQSK)
Negeri Terengganu
BIL
DAERAH
ALAMAT
TELEFON
LOKASI
1. Kuala Terengganu
Pusat Bimbingan Saudara Kita, Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu
09-622 1300  
2.
Kemaman
No. 8, Tingkat Bawah, Bangunan MAIDAM, Kampung Pengkalan Pandan, 24000 Kemaman, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Kemaman
09-859 1262
3.
Dungun
i) Lot 3655, No 4 B, Jalan Baru Pak Sabah, 23100 Dungun, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Dungun
09-848 1255
ii) Lot 20642, Tingkat Bawah, Sebelah Taman Harmoni, Kampung Tebing Tembah, 23100 Dungun, Terengganu.
4.
Besut
Lot 374 Bawah, Jalan Pasar Baharu, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut
09-695 3633
5.
Hulu Terengganu
No. 8, Tingkat Bawah dan Tingkat Atas, Wisma Kelah, Jalan Pasar,21700 Kuala Berang,Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
09-681 1215
6.
Marang
i) No. 6A, Bangunan 11 Unit Wakaf Tapai, 21040 Marang, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Marang
09-618 2317
ii) Lot 291, PT 103, Tingkat 1, Pekan Bukit Payung, 21040 Marang, Terengganu.
7.
Setiu
d/a Masjid Permaisuri, Hadapan Kubur Kg. Pak Kancil, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Setiu
09-6099504/29809-6090185
8.
Kuala Nerus
Lot PT 28902, Tingkat Bawah, Jalan Mengabang Telipot, Kampung Padang Nenas, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus
09-6653000
 
Maklumat lanjut, sila berhubung terus di alamat berikut :
Pusat Bimbingan Saudara Kita, 
Kompleks Darul Hidayah MAIDAM,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel    : 09-622 1300
Faks  : 09-628 5537
Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Bantuan Zakat Muallaf

Muallaf adalah seorang yang baharu memeluk agama Islam atau orang-orang yang dijinakkan hatinya. Konsep ini boleh dirujuk kepada firman Allah SWT dalam surah at-Taubah (9) : 60.

Manakala dalam surah al-An’am (6) : 125, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah (9) : 6 yang bermaksud:

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”

Golongan muallaf dimuliakan oleh Allah SWT kerana telah ditunjuki jalan yang lurus serta diredhaiNya. Kebiasaannya muallaf, setelah memeluk Islam, terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan samada daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Bantuan berupa wang zakat akan disalurkan kepada muallaf itu sendiri. Justeru itu, bimbingan dan bantuan akan diberi bagi meringankan bebanan mereka serta memantapkan keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah SWT.

Masyarakat orang asli juga adalah termasuk dalam golongan yang sama yang perlu dijinakkan hati ke arah jalan yang diredhai Allah. Justeru, masyarakat orang asli tertakluk juga serta akan disalurkan bantuan yang sama. Bantuan yang disalurkan kepada muallaf adalah sebagaimana berikut :

  1. Bantuan Saguhati Memeluk Islam :
    1. Syarat-syarat 
      1. Mendaftar pengIslamannya di negeri Terengganu.
      2. Layak mendapat bantuan sekali sahaja.
    2. Kadar Bantuan
      1. Saguhati setelah melafazkan syahadah :
        • Wang tunai : RM250.00.
        • Kit ibadah tidak melebihi RM700.00.
      2. Saguhati sebanyak RM2,000.00 setelah lulus ujian lisan Asas Fardhu Ain.
    3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
      • Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :
        • Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
        • Salinan buku Akaun Bank yang masih aktif.
        • Lain-lain dokumen berkaitan.
  1. Bantuan Perkahwinan : 
    1. Syarat-syarat
      1. Muallaf mesti menetap di negeri Terengganu.
      2. Layak dipertimbangkan sekali sahaja.
      3. Telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar Perkahwinan.
    2. Kadar Bantuan
      1. Tidak melebihi RM2,000.00.
    3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
      1. Permohonan hendaklah dibuat secara `online` menerusi laman web MAIDAM www.maidam.gov.my.
      2. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke pejabat MAIDAM berdekatan beserta dokumen berikut :
        • Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam pemohon serta Kad Pengenalan Pasangan.
        • Surat Perakuan Nikah dan lain-lain dokumen berkaitan (jika perlu).
        • Salinan Buku Akaun Bank yang masih aktif.
        • Lan-lain dokumen berkaitan.
  1. Bantuan Kelas Bimbingan
    1. Syarat-syarat
      1. Guru mesti dilantik oleh MAIDAM.
      2. Pelajar mestilah muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
      3. Menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIDAM.
    2. Kadar Bantuan
      1. Elaun guru : Tidak lebih daripada RM200.00 sekali mengajar dan tuntutan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
      2. Elaun Pelajar : Tidak lebih daripada RM50.00 sekali hadir.
    3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
      • Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :
        • Kad Pengenalan atau Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
        • Surat Salinan Buku/Penyata Akaun Bank yang masih aktif.
        • Lain-lain dokumen berkaitan. 
  1. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf
    1. Syarat-syarat
      1. Aktiviti tersebut dipersetujui oleh MAIDAM.
      2. Aktiviti/program yang dianjurkan mestilah berunsur tarbiah, pendidikan, keagamaan dan lain-lain.
    2. Kadar Bantuan
      1. Bergantung kepada kesesuaian aktiviti yang dijalankan dan tertakluk kepada kelulusan MAIDAM.
    3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
      1. Diuruskan oleh Unit Dakwah – Saudara Kita
  1. Bantuan Pengajian Muallaf 
    1. Syarat-syarat
      1. Khusus kepada muallaf yang menetap di negeri Terengganu
      2. Telah mendapat kelulusan MAIDAM
      3. Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
      4. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
      5. Tempoh pengajian dan pembiayaan berdasarkan kepada institusi berkenaan.
      6. Pembiayaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana pinjaman/tajaan.
      7. Bantuan yang disalurkan merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar.
    2. Kadar Bantuan
      1. Bantuan penuh pengajian tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh institusi pengajian berkenaan.
    3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
      1. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan secara bertulis.
      2. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
        • Salinan kad pengenalan pemohon dan Kad Memeluk Islam.
        • Surat tawaran belajar.
        • Sijil-sijil akademik.
        • Lain-lain dokumen berkaitan.


Fungsi Unit Dakwah Saudara Kita 

  1. Menyedia dan mengagih Bantuan Saguhati Memeluk Islam sebanyak RM250.00 dan kit ibadah selepas pendaftaran pengIslaman serta Bantuan Saguhati Khas bernilai RM2,000.00 setelah lulus Ujian Lisan/Amali Asas Fardhu Ain.
  2. Mengurus/mengagihkan bantuan zakat kepada saudara kita dan masyarakat orang asli.
  3. Menyelaras pengurusan/pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan saudara kita serta masyarakat orang asli bagi pemantapan aqidah, pemahaman dan penghayatan beragama berteraskan syariat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
  4. Mengurus Kelas Bimbingan Saudara Kita dan Kelas Bimbingan al-Quran Saudara Kita.
  5. Mengurus dan membiayai sepenuhnya pengajian saudara kita dan masyarakat orang asli di pelbagai peringkat dan bidang pendidikan.
  6. Memberi bimbingan, sokongan, dorongan dan khidmat nasihat kepada saudara kita dan masyarakat orang asli dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
  7. Melaksanakan ziarah dakwah dan kebajikan saudara kita dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
  8. Pengurusan jenazah saudara kita dan masyarakat orang asli.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY