Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

DSC 9737

14 Disember 2021 - Sekalung tahniah kepada pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atas penerimaan Anugerah Pengurusan Aduan Cemerlang Negeri Tahun 2020 bagi Kategori Badan Berkanun. Sijil anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Wan Noraina Mardiah binti Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.

DSC 9754

DSC 0351
16 Disember 2021 (Khamis) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima zakat perniagaan daripada Syarikat Bousted Plantations Berhad berjumlah RM270,000.00. Penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh En. Zainal Abidin bin Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Bousted Plantations Berhad kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.

Dalam majlis yang sama juga, CIDB Malaysia turut sama menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM19,648.00 di mana Puan Siti Nor Sarah binti Salleh, Pengurus CIDB Negeri Terengganu telah menyerahkan cek zakat kepada Tuan. Haji M. Rozi bin Haji Bidin.

DSC 0371

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM dan En. Mohamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat dan Promosi) MAIDAM.

DSC 032415 Disember 2021 (Rabu) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima zakat perniagaan daripada Syarikat General Integrated Communications Network (GITN) berjumlah RM110,000.00. Penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Maliki bin Harun, General Manager TM Terengganu kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah En. Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM, En. Mohamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat dan Promosi) MAIDAM serta tiga orang wakil dari pihak GITN.

FOODTRUCK 21
23 November 2021 (Selasa) – Penghargaan terima kasih atas usaha Persatuan Foodtruck Terengganu menyediakan Bas Surau Bergerak di Dataran Foodtruck Drawbridge. Untuk itu, MAIDAM bersetuju menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000.00 yang disempurnakan oleh Haji M. Rozi Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM kepada Hazim Abd Karim, selaku Pengerusi Persatuan Foodtruck Terengganu. Dengan adanya kemudahan tersebut, pelanggan dan peniaga dapatlah menunaikan ibadat solat dengan lebih mudah dan selesa.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY