Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta


Harta Pusaka Yang Terhak Kepada Baitulmal
 
Harta pusaka yang diterima oleh Baitulmal disebabkan tiada waris atau tiada waris yang layak menghabisi harta tersebut setelah dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum Syarak melalui perintah Pembahagian Pusaka Kecil / Perintah Pembahagian Pusaka oleh Amanah Raya atau Perintah Mahkamah Tinggi.
 
Tebus Pusaka
 
Sekiranya Baitulmal memperolehi harta tak alih daripada pusaka yang tidak terhak kepadanya, pihak waris boleh menebus harta tersebut berdasarkan nilaian semasa melalui :
•    Bicara di Pejabat Pusaka Kecil
•    Permohonan kepada Baitulmal

Proses Penebusan Pusaka
1.    Permohonan tebus pusaka
2.    Penilaian
3.    Ketelusan
4.    Penukaran hakmilik kepada penebus
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Tanggungjawab Waris Menunaikan Hak Si Mati Ke Atas Harta Pusaka

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

  • Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja.
  • Menjelaskan hutang si mati :
    • Hutang kepada Allah SWT seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.
    • Hutang kepada manusia.
  • Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

Sebab-sebab Menerima Pusaka

  • Perkahwinan
  • Keturunan
  • Pembebasan hamba

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Kenapa Pembahagian Pusaka Perlu Disegerakan

Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :

  • Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.
  • Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
  • Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
  • Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.
  • Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
  • Harta tidak terurus dan terbiar.
  • Urusniaga tidak dapat dijalankan.
  • Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.
  • Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
(an-Nisa’ : 29)
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Pengertian Harta Pusaka
  • Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.

Harta Pusaka Termasuk
  • Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
  • Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP).
  • Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

Harta Pusaka Tidak Termasuk

  • Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
  • Khairat kematian.
  • Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
  • Imbuhan, pampasan dan saguhati.
  • Pencen terbitan.
  • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).
  • Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 

Panduan Serahan

  • Penemu hendaklah menyerahkan harta yang djumpai kepada Unit Wakaf dan Sumber Am MAIDAM atau pejabat Pejabat MAIDAM Daerah yang terdekat.
  • Penemu perlu mengisi Borang Serahan Harta Luqatah dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta harta luqatah tersebut.
  • Resit / Akaun Terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
  • Pihak MAIDAM akan membuat tindakan susulan.

Hikmah

  • Mendapat ganjaran daripada Allah.
  • Dapat membantu orang yang kehilangan sesuatu serta meringankan kesusahannya.
  • Mengelakkan harta jatuh ke tangan orang yang berniat jahat.
  • Mengukuhkan perpaduan ummah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY