Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Sijil Penghargaan drp SUK

Kuala Terengganu 3 Januari 2024 bersamaan 21 Jamadilakhir 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima sijil penghargaan daripada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja. Sijil tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan.

Sijil penghargaan tersebut disampaikan atas kejayaan MAIDAM melaksanakan program Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional Tahun 2023 baru-baru ini.

 

 
MPSB Bayar Zakat 2023
 
KUALA TERENGGANU 31 Disember 2023 bersamaan 18 Jamadilakhir 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima serahan zakat perniagaan daripada MAIDAM Property Sdn Bhd (MPSB), sebuah anak syarikat milik penuh MAIDAM di ibu pejabat MAIDAM.
 
Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima serahan zakat perniagaan tersebut sebanyak RM250,000.00 daripada En. Wan Farid Imran Wan A. Latif, Pengurus Besar MPSB. 
 
Majlis ini turut disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir ialah  Haji Nazli Amirri Ngah (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat) dan Puan Nurul Ain Nordeen (Penolong Setiausaha – Pungutan dan Pentadbiran zakat).
 
 
 
MAIDAM Serah Bantuan Banjir 2023 
 
Kuala Terengganu 31 Disember 2023 bersamaan 20 Jamadilakhir 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM3.5 juta sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu. Untuk makluman, sumbangan tersebut diambil daripada peruntukan zakat sinf al-Gharimin dan kumpulan wang Sumber Am.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman hari ini.
 
Daripada keseluruhan sumbangan bantuan tersebut, MAIDAM memanfaatkan wang zakat daripada sinf al-Gharimin sebanyak RM2,655,000 dan selebihnya iaitu RM845,000 merupakan sumbangan darpada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Dimaklumkan agihan bantuan secara berpusat akan diselaraskan oleh pihak kerajaan negeri dengan tepat dan cepat. Sumbangan ini diharap dapat meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah banjir agar dapat memulihkan kehidupan seperti biasa.
 
Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh YB Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir pegawai-pegawai kanan MAIDAM iaitu Encik Abd. Razak bin Abd. Rahman (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal), Puan Wan Noraina Mardiah binti Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha – Khidmat Pengurusan) dan Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat).
 
 
Serahan Zakat FGV dan KUTT 2023
 
Kuala Terengganu 5 Jamadilakhir 1445 bersamaan 18 Disember 2023 - 
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima pembayaran zakat perniagaan daripada FGV Holdings Berhad dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn. Bhd. (KUTT) pada hari ini.
 
Dalam majlis tersebut Encik Miswan Sarip, Pengarah Wilayah Terengganu FGV Plantation Malaysia Berhad telah menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM666,224.00 kepada YB Dato’ Haji Sheikh Harun Sheikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Manakala bagi syarikat KUTT pula, Ir. Ts. Ahmad Azhan Ismail @ Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif KUTT menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00.
 
Dalam majlis tersebut juga Tuan Haji Nizan Johar Abdul Wahab, Pengarah Negeri Terengganu, Lembaga Tabung Haji menyerahkan Dana Program MyHaus sebanyak RM400,000.00 kepada YDP MAIDAM dengan disaksikan oleh Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR.
 
Dana Program MyHaus ini adalah bagi pembinaan 5 buah rumah asnaf di Terengganu. JAWHAR bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program Dana MyHAUS di negeri-negeri terlibat.
 
Majlis hari ini adalah bersempena program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2023 MAIDAM.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato’ Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Tuan Haji M Rozi Bidin, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan lain-lain pegawai MAIDAM.
 
 
 
 Kaha2023
 
Kuala Terengganu, 5 Jamadilakhir 1445 bersamaan 18 Disember 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM17.15 juta untuk diagihkan kepada 24,500 keluarga asnaf fakir dan miskin menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2023 hari ini.
 
Program KAHA 2023 berlangsung serentak di seluruh negeri dengan program utama berlangsung di Dewan Terbuka JHEAT manakala untuk lain-lain daerah diadakan lawatan ke rumah-rumah asnaf terpilih.
 
Penganjuran KAHA 2023 tidak melibatkan konvoi bermotosikal sebagaimana tahun sebelumnya di atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
 
YB Dato’ Haji Sheikh Harun Sheikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM berkata, menerusi bantuan secara "one-off" itu, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf akan menerima RM700.00 dan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
 
Senarai asnaf fakir miskin yang layak menerima bantuan KAHA 2023 adalah daripada kalangan penerima Bantuan Bulanan dan Bantuan Sara Hidup MAIDAM bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
 
Menariknya KAHA 2023 turut menjemput sama kehadiran para pembayar zakat untuk menyaksikan sendiri manfaat agihan zakat kepada golongan asnaf hasil daripada zakat yang ditunaikan oleh mereka.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY