Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 

MAIS serah bantuan banjir

JERTEH 10 Januari 2023 bersamaan 17 Jamadilakhir 1444 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengalu-alukan sumbangan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan anak-anak syarikat MAIS untuk mangsa banjir daerah Besut di dalam program MAIS Prihatin, Misi Bantuan Banjir Ke Terengganu.

Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 termasuk 500 kotak makanan asas kepada MAIDAM yang diwakili oleh Encik Abd. Razak bin Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) di dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masjid Hadhari, Jerteh hari ini.

Delegasi MAIS seramai 30 orang itu turut disertai oleh Encik Md. Arifin bin Jaafar, Pengurus Operasi, Bahagian Kebajikan YIDE, Encik Mohd Hasnur Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS, wakil dari Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Bakti Suci Holding.

Turut hadir ialah Tuan Haji Baharuddin bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Hadhari, Jerteh, Encik Muhammad Ajwad bin Alias, Penolong Pegawai Agama Daerah Besut (Dakwah) dan pegawai serta kakitangan MAIDAM.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Terima kasih MAIS, terima kasih Masjid Hadhari, Jerteh dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis penyampaian sumbangan MAIS. Semoga Allah merahmati dan kurniakan sebaik-baik ganjaran.

#maidamdihati

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY