Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Bengkel Pemerkasaan Frontline 2023

Kuala Terengganu 19 Januari 2023 bersamaan 26 Jamadilakhir 1444 - Seramai 38 orang kakitangan MAIDAM telah dipilih menghadiri Bengkel Pemerkasaan Frontliner MAIDAM Tahun 2023 yang telah diadakan dengan jayanya pada 17-18 Januari 2023 baru-baru ini.

Antara lain, bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pemahaman peserta mengenai konsep perkhidmatan pelanggan yang berkualiti serta menambahbaik kemahiran interpersonal kepada kakitangan barisan hadapan. Dr. Hamidon bin Abu Bakar dari Institut Kemahiran Teknologi Pejabat & Pengurusan (IKTPP) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan bengkel ini sepenuhnya.

Besarlah harapan pihak pengurusan MAIDAM agar penganjuran bengkel ini akan dapat meningkatkan impak positif di dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan agar lebih tepat, cepat dan berkesan.

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY