Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

multaqa amil 2023

KUALA TERENGGANU 21 Syaaban 1444 bersamaan 14 Mac 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terenggau (MAIDAM) telah berjaya menganjurkan Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2023 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu hari ini.

Multaqa tersebut telah berjaya menghimpunkan 954 orang amil dan 17 amil korporat yang diberi tauliah oleh MAIDAM antaranya bertujuan untuk memantapkan kefahaman mengenai tugas serta tanggungjawab amil. Bagi melahirkan para amil yang berintegriti dan bebas rasuah, pengisian utama multaqa ialah forum bertajuk “Amil Imej Integriti Ummah” yang turut membariskan Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Tuan Zainal bin Ayop sebagai ahli panel forum tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBrs Prof Madya Dr Ahmad Azrin bin Adnan di dalam ucapan aluannya menzahirkan pengharapan agar multaqa ini dapat menyuntik semangat para amil untuk terus memberikan khidmat terbaik demi meningkatkan taraf sosio ekonomi umat Islam dan seterusnya membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2023 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail dan seterusnya melancarkan Sistem e-Amil. Sempena multaqa tersebut, beliau mengumumkan Kadar Zakat Fitrah Tahun 2023/1444H yang dibahagikan kepada 3 kadar iaitu yang pertama, tidak kurang daripada RM8.00 bagi mereka yang memakan nasi daripada Beras Super Special Tempatan. Kedua, bagi mereka yang menggunakan beras selainnya, kadar bayaran Fitrah adalah sebagaimana berikut:
i. Beras Super Import (Siam) – RM10.00; dan 
ii. Beras Basmathi – RM24.00.

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY